Ms:Beginners Guide 1.3

From OpenStreetMap Wiki
Jump to navigation Jump to search


Mencipta/menyunting data OSM

Data OSM terdiri daripada unsur-unsur(en) berikut:

Ilustrasi skema:
(1) nod
(2) way
(3) way tertutup
  • node Nod (node): Nod ialah titik khusus yang digunakan untuk menanda lokasi suatu objek yang spesifik (misalnya peti kutipan surat). Dua atau lebih nod digunakan untuk melakar segmen garis lurus atau way.
  • way Way: Way ialah garis-garis antara nod yang dipaparkan sebagai segmen garis. Way digunakan untuk mencipta jalan-jalan, denai-denai, sungai-sungai, dan lain-lain.
    • Way tertutup: Way tertutup ialah way yang membentuk gelung penuh. Digunakan untuk mencipta ruang berbentuk kawasan seperti taman-taman, tasik-tasik, pulau-pulau dan bangunan-bangunan.

Semua unsur ini boleh terkandung tag yang menyimpan nama objek, jenis jalan dan seumpamanya. Perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam bahagian terkehadapan.

Penyunting / editor

ID.svg iD ialah editor yang mudah digunakan dan juga editor pilihan lalai pada butang Edit di halaman sesawang OpenStreetMap. Editor ini amatlah sesuai untuk sebarang suntingan pantas. Selain itu, editor ini berfungsi dalam pelayar sedia ada anda. Tinjau-tinjaulah kawasan pemetaan anda dengan muat turun data secara automatik.
JOSM Logotype 2019.svg JOSM ialah aplikasi Java kendiri atas meja (standalone desktop application) dengan zum dan sorotan (pan) yang lebih lancar serta membolehkan suntingan dalam storan tempatan sebelum membuat muat naik data secara kelompok (batch upload).
Potlatch2logo.png Potlatch: Penyunting peta yang pertama sekali diwujudkan, dahulunya berasaskan Adobe Flash, kini merupakan suatu aplikasi desktop Windows dan Mac.
Vespucci-logo.svg Vespucci ialah aplikasi pemetaan OpenStreetMap untuk Android dengan kadar penggunaan yang menggalakkan.
Go Map!! App Icon.svg Go Map!!, aplikasi iOS untuk pemetaan OpenStreetMap yang terpopular.

Membuat perubahan ruang kerja

Seterusnya

Lihat juga

  • Editor - (sampingan) senarai besar editor
  • Perbandingan antara editor - (sampingan) perbandingan dengan lebih perincian