Ms:Beginners Guide 1.4.2
Jump to navigation
Jump to search
Rencana ini ialah rencana tunas(en). Anda boleh membantu OpenStreetMap dengan mengembangkannya.
Muat naik perubahan dalam OpenStreetMap
Kebanyakan penyunting akan mengingatkan anda untuk meletakkan komen set perubahan (changeset comment):
- iD(en)
- Potlatch(en)
- JOSM dengan pelbagai peralatan berkaitan set perubahan, di samping pengendalian percanggahan secara manual
- Sekiranya data anda masih belum dimuat naik lebih daripada tempoh 12 jam, dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang percanggahan, anda mungkin mahu mengemaskini salinan data anda dengan peralatan kemas kini yang berikut: Update Data, Update Selection atau Update modified. Anda tidak dapat mengelak sebarang percanggahan sekiranya data yang anda ubah dipinda dengan terlebih dahulu oleh pemeta-pemeta lain sebelum perubahan anda dimuat naik.
- (sampingan) bacaan lanjut tentang penyelesaian percanggahan dalam JOSM: 1 2
Cara-cara mengelakkan percanggahan (sampingan)
Berkemungkinan perkara ini jarang-jarang berlaku sekiranya hanya anda seorang sahaja yang sedang memetakan tempat-tempat tertentu. Percanggahan ini tidak mustahil berlaku di tempat-tempat yang pesat dipetakan pada satu-satu masa yang sama. Hal ini disebabkan oleh banyak pengguna secara serentak, sedang menyunting data yang sama.
- Gunakan rajah pecahan untuk mengelakkan percanggahan dengan pemeta-pemeta lain
- (sampingan) Perisian usaha sama(en) dapat membuat proses pembahagian tugas secara automatik hingga suatu tahap yang tertentu
- Singkatkan sela masa antara muat turun dan muat naik:
- Dengan set-set perubahan yang lebih kecil.
- Dengan lebih banyak membuat set perubahan daripada biasa.
- Sekiranya percanggahan sudah tidak berlaku, kembali kepada tabiat membuat set perubahan yang biasa.
Seterusnya
Lihat juga
- Komen set perubahan yang baik(en) - (sampingan) menjelaskan pentingnya meletakkan komen terhadap setiap set perubahan