Ms:Tag:highway=secondary
highway = secondary |
Huraian |
---|
Jalan raya ke bandar-bandar dan pekan-pekan utama dari jalan-jalan primer atau lebuh raya |
Rendering |
Kelompok: Highways |
Digunakan pada unsur-unsur ini |
Membabitkan |
|
Gabungan berguna |
Lihat juga |
Status: de facto |
Peralatan |
Jalan sekunder ialah jalan yang menghubungkan tempat-tempat utama dari mana-mana lebuh raya atau jalan-jalan raya primer. Lazimnya jalan sekunder ini mempunyai dua lorong.
Jalan sekunder menurut Jabatan Kerja Raya pula dikelaskan sebagai jalan jenis R3/U3 dengan ciri-ciri:
- had laju 60 km/j
- tiada kawalan capaian
Kebanyakan jalan negeri boleh dikatakan jalan sekunder. Lalu lintas tempatan bergantung sepenuhnya terhadap jalan sebegini. Manakala jalan persekutuan pendek yang berkongsi sifatnya dengan ciri-ciri seperti yang digariskan turut layak diletakkan tag ini.
Langkah-langkah pemetaan
Bagi jalan biasa tanpa pembahagi jalan, lakarkan satu garis buatnya. Pilih way yang merupakan bahagian jalan raya tersebut dan letakkan tag highway=secondary. Sekiranya pergerakan lalu lintas hanyalah terhad kepada satu arah sahaja, pastikan tag oneway=yes turut disertakan. Juga pastikan arah way tersebut sama seperti arah laluan satu hala tadi.
Bagi menambah perincian tentang jalan raya tersebut, anda boleh menambah tag-tag seperti yang berikut:
- name=Nama jalan raya dalam bahasa Melayu
- maxspeed=Nombor untuk menunjukkan had laju yang dibenarkan
- ref=Kod rujukan jalan raya misalnya 207, K135, P100, T100, dll.
- loc_name=Nama sekiranya wujud gelaran jalan bagi orang tempatan
Keadaan khas
- bridge=yes - sekiranya jambatan dibina di bahagian jalan raya yang tertentu
- tunnel=yes - sekiranya jalan raya melalui terowong khas
Contoh
Sampel | Contoh tag |
---|---|
highway=secondary |