Ms:Beginners Guide 1.3.3.0
Mana-mana fotografi udara mungkin akan mempunyai ofset (offset) atau tidak sama sekali berjajar jika dibandingkan dengan kedudukan sebenar objek-objek di atas tanah. Ada sesetengah kawasan, ofsetnya kecil dan boleh diabaikan. Namun begitu, ada sesetengah kawasan mempunyai ofset yang lebih ketara daripada ralat GPS (>10 meter). Ofset ini boleh juga berbeza-beza di suatu kawasan yang kecil (dan perlukan pembetulan semula). Anda wajib meneliti kewujudan ofset sebelum anda mengubah data OpenStreetMap sedia ada atau menambah data baru.
Cara-cara berpotensi untuk membuat penjajaran dan memeriksa jajaran:
- jejak atau log surih GPS sedia ada atau data tempat menarik dengan persis yang tinggi
- data OSM sedia ada
Hidupkan fotografi udara
iD
Imejan Bing atau Mapbox yang tidak dijajarkan akan dipaparkan.
JOSM
tunas
Jajarkan fotografi udara
iD
- Artikel utama: Segmen iD dalam rencana Using Imagery(en)
- Tekan
B
dalam editor yang terbuka atau klik ikon seperti lapisan. - Klik pada
fix imagery alignment
. - Anda boleh menggunakan anak-anak panah untuk menggerakkan fotografi udara.
Ofset fotografi ini tidak disimpan selepas anda selesai dengan sesi penyuntingan anda.
JOSM
- Segmen JOSM Plugin dalam rencana Imagery Offset Database(en)
- Quick Start(en)